KUALA LUMPUR - Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said
digesa menjelaskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.
Katanya, runtuhan pertama dan kedua pada 2013 telah mengakibatkan RM40 juta peralatan elektrik termasuk generator telah dicuri walaupun stadium 24 jam dikawal oleh kakitangan keselamatan.
"Kenapa kos asal kedua dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?
"Adakah ini termasuk kos mengganti barang-barang letrik, lampu, generator yang telah dicuri dan juga harga kos membaiki padang bola dan trek larian yang tidak dijaga?"soal beliau dalam sidang media hari ini.
11 Februari lalu kerajaan negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih stadium terbabit.
Dariada kenyataan itu, Raja Bahrin percaya jumlah peruntukan membaik pulih mungkin jauh lebih tinggi dari anggaran yang disebut iaitu antara RM150 juta hingga RM200 juta.
"Nampaknya dalam gesaan Pakatan Rakyat agar kerajaan berjimat dan bijaksana menguruskan perbelanjaan, kerajaan masih membenarkan pembaziran berlaku,"katanya.
Sehingga hari ini, katanya kerajaan Terengganu masih berdiam diri untuk memberi maklum balas berhubung kontroversi stadium runtuh yang akan menerima peruntukan ratusan juta untuk baik pulih. -Harakahdaily

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.