Followers

Monday, April 7, 2014

REFORMASI 2.0 DI PADANG KEMUNTING, KUANTAN PADA 12 APRIL 2014 AKAN BERJALAN AMAN

 

SEPANJANG aku dan rakan-rakan berkempen untuk merealisasikan Program REFORMASI 2.0 yang bakal diadakan di Padang Kemunting (MPK4), Kuantan pada 12 April 2014 mulai jam 09.00 malam, rata-rata mereka terutamanya anak-anak muda mahu lokasi program tersebut dikekalkan tanpa kompromi.

Padang Kemunting pernah mencatat sejarah mengadakan satu himpunan terbesar iaitu Himpunan HIJAU dan sejarah juga merakamkan bahawa himpunan tersebut berjaya diadakan dengan aman dan terkawal.  
 
Tiada kekecuhan berlaku dan tiada setitik pun air water canon tumpah ke bumi.  
 
Tiada sesiapa yang teraniaya menghidu gas beracun dari trak FRU.  Ertinya himpunan aman akan terus aman jika tiada provokasi.

Berdasarkan semua ini lah maka kali ini program REFORMASI 2.0 akan tetap dijalankan di Padang Kemunting pada tarikh yang dijadualkan.  
 
Difahamkan pihak penganjur dan sekretariat telah menghubungi pegawai di MPK pada awalnya dan diberitahu bahawa pada tarikh tersebut padang tersebut tidak digunakan oleh mana-mana pihak.  
 
Pertanyaan melalui telefon itu telah sempat dirakamkan untuk dijadikan bukti bahawa padang tersebut memang free pada hari yang dirancang untuk mengadakan program berkenaan.

Namun, apabila mereka menghantar surat permohonan untuk menggunakan padang tersebut dan setelah dinyatakan kepada pihak MPK iaitu untuk mengadakan program REFORMASI 2.0, secara tiba-tiba pihak MPK menyatakan pada tarikh tersebut padang itu akan diubahsuai.  Ertinya apa?  

Apa pun alasan mereka, rakyat tetap mahu demokrasi dan hak-hak bersuara mesti dipertahankan apatah lagi program tersebut akan berjalan secara aman dan teratur.  
 
Tiada pilihan lain, Padang Kemunting pastinya akan dibanjiri puluhan ribu rakyat Pahang khususnya dan kami ingin buktikan bahawa padang tersebut bakal sekali lagi menyaksikan satu himpunan raksaksa yang aman.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.