Sebenarnya kerana Umno lah Melayu binasa !!
Apakah hukumnya bersubahat dalam kerja-kerja kurafat, pembaziran dan pengkhianat terhadap perkara yang diamanahkan rakyat?
Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat. Firman Allah Ta'ala:
Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ~ ( Surah al-Mai'idah: 2 )
Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya. Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata:
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman." ~ (Hadis riwayat Muslim)Rakyat marhaen dibebani dengan seribu satu kepayahan dalam kehidupan seharian, harga barangan melambung tinggi, tekanan seakan budaya samseng dan lintah darat oleh kerajaan Umno BN dalam penguatkuasaan GST, kadar toll yang saban tahun meningkat, yuran persekolahan dan sumbangan dana PIGB yang tidak pernah susut serta pelbagai bebanan lain yang terpaksa digalas!
Dalam kepayahan yang tiada sudahnya dibebankan kepada rakyat marhaen, para menteri dan pemimpin kerajaan zalim regim Umno BN terus memborosi wang rakyat dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Lebih menyedihkan; dalam beberapa insiden, apabila perangai dan pelakuan boros serta khianat yang dilakukan oleh para menteri Umno, pemimpin Umno BN dan sesetengah pagawai kerajaan yang tidak berhati perut didedahkan untuk maklumat rakyat, pelapor pula menjadi sasaran untuk dikenakan tindakan!
Maka benarlah apa yang difahami rakyat terbanyak bahawa para menteri Umno, pemimpin Umno BN dan sesetengah penjawat awam bertaraf tinggi seperti seorang Tan Sri ini adalah dari kelompok manusia yang mengikut perangai syaitan dan iblis; "yang benar dan jujur dinafikan haknya, manakala yang salah dan keparat dijulang".
Ini jelas mengiakan kenyataan Kerajaan Rakyat: "Polisi Umno BN: Yang benar dan jujur itu SALAH, khianat dan keparat itu BENAR".
Kepada rakyat yang masih pekak, bisu, tuli dan bahalol yang masih memilih Umno BN dalam setiap pilihan raya; ingatlah kerna pekak, bisu, tuli dan bahalol kalianlah maka kalian masih kekal dihempap dengan segala penipuan dari sehari kesehari oleh kezaliman kerajaan Umno BN tanpa kalian sedari.
Kerajaan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.