Followers

Wednesday, April 2, 2014

[PANAS] Besar Sangatkah Pangkatnya Sampai Halau Media?

 


Ketua pengarah DCA halau media semasa berucap pada persidangan IATA

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.
Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.

"Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.

Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.

"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. 


Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. -TMI

ULASAN GB

Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Ia terlalu mengecewa dan mengaibkan negara apabila seseorang yang kini menjadi tumpuan untuk satu isu yang besar secara tiba-tiba menghalau pihak media dari mengikuti ucapannya.

Ia memberi persepsi buruk terhadap negara, terutama terhadap kemampuan dan kompetensi pegawai-pegawai tertinggi di dalam mana-mana badan berkanun mengendalikan isu yang bukan saja melibatkan kepentingan dan maruah negara, malahan nyawa manusia juga.

Paradoks. Apabila tidak dibuatkan liputan nanti salahkan media kerana tidak merujuk mereka, apabila mereka hadir untuk membuat liputan dan ingin mewawancara untuk mendapat penjelasan lanjutnya, mereka dihalau keluar pula.

Ini bukan kali pertama. PM sendiri pernah tidak mahu memberi ruang kepada media untuk bersoal-jawab dengannya semasa pengumuman MH370 dikatakan "berakhir di Lautan Hindi". 


Apa jadi selepasnya? Pelbagai tafsiran sehingga media massa arus perdana perdana yang menyokong mereka pun mentafsirkan "MH370 terhempas" dan "tiada penumpang selamat". 

Apakah Najib sengaja membiarkan tafsiran-tafsiran itu berlaku dan kemudian menempelak rakyat kerana membuat tafsiran sedemikian sedangkan pihak media awal-awal sudah dihalang untuk mendapat penjelasan lanjut dari beliau sendiri? 

Atau apakah kerana sememangnya beliau sendiri tidak yakin dengan pengumumannya dan takut untuk menerima soalan dari pihak media yang beliau tahu beliau tiada kemampuan untuk menjawabnya?



Kita berharap ia tidak menjadi "budaya" dan "standard" bagi para menteri dan para penjawat awam yang lain. Jika ia adalah satu majlis yang tertutup maka hendaklah diberitahu terlebih awal dan pihak media dan rakyat perlu diberikan ruang dan masa tetap yang lain untuk menemui mereka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Bagaimana nanti jika Ketua Pengarah DCA itu "akan dihalau dari jawatannya".



Kelab Greenboc.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.