Followers

Wednesday, April 2, 2014

Pakatan mahu Najib mengaku silap beri kenyataan nasib MH370 OLEH DIYANA IBRAHIM


 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider. 




Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau melakukan kesilapan dalam kenyataannya mengumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada DAP berkata, Najib memberikan kenyataan mengelirukan dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pesawat itu berakhir.

Katanya, adalah jelas kenyataan Najib bermaksud pesawat malang itu terhempas apabila sehari selepas pengumuman itu, di Parlimen beliau membentangkan usul simpati MH370 kerana tiada satu pun penumpang terselamat daripada insiden itu.

"Kenyataan itu diperkukuhkan dengan kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar MAS menyatakan tiada penumpang terselamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS juga mempersoalkan adakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap media tempatan yang turut menyiarkan kenyataan daripada Najib seolah-olah pesawat MH370 terhempas.

"Mereka kena jelaskan kerana kita sekarang keliru apa maksud dengan penerbangan berakhir, adakah ia terhempas atau apa?

"Saya ingin bertanya adakah Najib atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein sanggup mengambil tindakan terhadap media tempatan yang menulis seolah-olah MH370 terhempas, saya memetik pada laporan Harian Metro, tajuk akhbar itu 'Pusara di Lautan Hindi',  jadi beranikah mereka mengambil tindakan," katanya. - 2 April, 2014.


The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.