Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk
mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada November 1985 semasa
pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.
“Najib tidak perlu takut membetulkan kesilapan yang berlaku pada zaman Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu pada zaman pemerintahannya.
“Dewan dibohongi dan boleh jadi Musa dipaksa untuk membentangkan Kertas Putih pada 1986.
Nama Dewan perlu dibersihkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Musa dalam satu forum di Kota Baru mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.