Followers

Monday, April 21, 2014

Mahkamah ‘gopoh’ buat keputusan penghakiman Liwat II, kata bekas polis. - TMI


Zar Ali III's photo.21 April 2014


Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara tergopoh gapah, kata Datuk Mat Zain Ibrahim.

Bekas ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu menegaskan, selain mahkamah melakukan kesilapan, prosiding rayuan berkenaan turut dicemari campur tangan kerajaan, terutamanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).

Zar Ali III's photo. “Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut secara tergopoh-gapah, tanpa memberi pertimbangan yang mendalam dan menyeluruh kepada keterangan-keterangan yang dibentangkan kedua-dua pihak sejak mula prosiding tersebut diadakan.

“Selain Mahkamah Rayuan sendiri ada membuat tafsiran silap menyentuh fakta mustahak, prosiding rayuan tersebut dicemari tindakan pihak kerajaan dan khasnya Peguam Negara,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan peguam negara juga mengemukakan beberapa kenyataan tidak benar, dan/atau membenamkan keterangan mustahak atau yang memihak kepada tertuduh daripada pengetahuan mahkamah.

Dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang diedarkan kepada media minggu lalu, mahkamah memutuskan adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesah dan membuktikannya.

Zar Ali III's photo.
 
Mahkamah berkata, sekiranya diandaikan tiada bukti menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan Anwar.

Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April berkata, terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disah dan dibuktikan.

Penghakiman mahkamah itu turut memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

Mat Zain berkata, sekiranya mahkamah rayuan tidak tergopoh-gapah membuat keputusan, sebaliknya meneliti mendalam keterangan yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak, semenjak prosiding bermula pada 2008, mereka sendiri akan menemui fakta dan banyak lagi keterangan yang menunjukkan salah laku terancang pihak pendakwaan dan penyiasatan dalam prosiding kes tersebut.

“Pada pendapat saya, perkara yang terpenting dalam hal ini ialah Gani Patail hilang kelayakan dari sudut moral dan undang-undang, untuk terlibat dalam apa kapasiti pun, bersangkutan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar dalam kes ini.

“Apa-apa keputusan yang beliau ambil atas sifat Peguam Negara berkaitan perkara ini dan termasuk melantik Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengepalai pasukan pendakwaan di peringkat rayuan ini, boleh dipertikaikan dan wajar disemak semula,” katanya.

Beliau turut berpendapat, hakim Mahkamah Rayuan bergantung bulat-bulat kepada hujah yang dibentangkan Shafee sahaja, tanpa menghiraukan semua bantahan dan laporan polis yang dibuat berkaitan pemalsuan yang diikrarkan oleh Shafee, dalam afidavitnya.


“Hakim Mahkamah Rayuan sendiri mendedahkan tingkah laku dan tindakan mereka untuk orang ramai menyimpulkan mereka memang berada di bawah tekanan dan pengaruh yang kuat daripada tangan-tangan tersembunyi,untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dengan apa cara sekalipun,” katanya.
 
 
DEMI RAKYAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.