Sisi Karpal Singh Yang Macai Singh Tidak Tahu
Pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberikan riaaksi yang bercampur-campur di dalam isu kematian Karpal Singh.
Di saat ketika ada diantara pemimpin UMNO yang bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang disamping ada yang turut melahirkan kekaguman terhadap Karpal Singh, namun rata-rata para macai UMNO terus melamparkan penghinaan terhadap mendiang.
Kami paparkan beberapa kisah, sekalipun Karpal dikatakan oleh beberapa macai sebagai anti-hudud malah anti-Islam, namun kisah-kisah di bawah membuktikan disebaliknya.
Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.
Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.
Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.
Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.
Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.
Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.
Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.
Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.
Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.
,br>
Imam Muda Asyraf mengenang jasa mendiang Karpal Singh
Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda.
Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.