Followers

Tuesday, April 22, 2014

Empayar Hartanah Taib Di Luar Negara Dibongkar ??

Photo: Empayar Hartanah Taib Di Luar Negara Dibongkar ??

[kd]- Pendedahan Sarawak Report mengesahkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud menggunakan anaknya sebagai pemegang syarikat di luar negara berikutan undang-undang tidak membenarkannya mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat selagi menjawat jawatan sebagai seorang Ketua Menteri.

Sarawak Report dalam artikelnya ‘How Jamilah Spilt The Beans On Sakto’s Money’ menyebut, anak Bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Jamilah Taib mempunyai kepentingan dalam 84 buah syarikat seawal umur 29 tahun.

Dikatakan syarikat tersebut dikawal sepenuhnya oleh Taib sendiri dan suami, Sean Murray termasuk Sakto Corporation iaitu empayar hartanah yang bernilai lebih RM320 juta yang berpangkalan di Ottawa.

Dokumen pemerbadanan di Kanada menunjukkan bahawa Sakto diasaskan oleh adik Taib sendiri dan rakan kongsi perniagaan utama, Onn Mahmud serta Jamilah dan abangnya, Abu Bekir Taib, yang kedua-duanya menuntut di Kanada ketika itu.

Sebelum ini, Murray dalam wawancara bersama Sarawak Report mengakui Sakto Corporation adalah milik keluarganya dan tidak ada kena mengena dengan harta kekayaan bapa mertuanya, Taib Mahmud.

Namun pada Mac 2011, Taib sendiri membuat kenyataan bahawa Murray dan peguamnya telah berbohong atas kenyataan mereka dalam wawancara tersebut dan mengakui memberi sedikit wang yang merupakan sebahagian duit pencennya kepada anaknya, Jamilah bagi memulakan Sakto.

Pengakuan tersebut sekaligus mengesahkan Taib mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut serta melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, namun masih tiada lagi tindakan yang diambil sehingga hari ini terhadapnya.

IdaMan. [kd]- Pendedahan Sarawak Report mengesahkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud menggunakan anaknya sebagai pemegang syarikat di luar negara berikutan undang-undang tidak membenarkannya mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat selagi menjawat jawatan sebagai seorang Ketua Menteri.

Sarawak Report dalam artikelnya ‘How Jamilah Spilt The Beans On Sakto’s Money’ menyebut, anak Bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Jamilah Taib mempunyai kepentingan dalam 84 buah syarikat seawal umur 29 tahun.

Dikatakan syarikat tersebut dikawal sepenuhnya oleh Taib sendiri dan suami, Sean Murray termasuk Sakto Corporation iaitu empayar hartanah yang bernilai lebih RM320 juta yang berpangkalan di Ottawa.

Dokumen pemerbadanan di Kanada menunjukkan bahawa Sakto diasaskan oleh adik Taib sendiri dan rakan kongsi perniagaan utama, Onn Mahmud serta Jamilah dan abangnya, Abu Bekir Taib, yang kedua-duanya menuntut di Kanada ketika itu.

Sebelum ini, Murray dalam wawancara bersama Sarawak Report mengakui Sakto Corporation adalah milik keluarganya dan tidak ada kena mengena dengan harta kekayaan bapa mertuanya, Taib Mahmud.

Namun pada Mac 2011, Taib sendiri membuat kenyataan bahawa Murray dan peguamnya telah berbohong atas kenyataan mereka dalam wawancara tersebut dan mengakui memberi sedikit wang yang merupakan sebahagian duit pencennya kepada anaknya, Jamilah bagi memulakan Sakto.

Pengakuan tersebut sekaligus mengesahkan Taib mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut serta melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, namun masih tiada lagi tindakan yang diambil sehingga hari ini terhadapnya.

IdaMan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.