" Kenyataan Erma Fatima Redha Masuk Neraka. Dr Maza Bagi Pencerahan Sedikit Buat Erma "
“Bila
MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan
Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn
siku. Soal hukum tdak ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum
bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia.
AKU
SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d
bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke
neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk
melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini.” Instagram Erma
Datuk Dr. Mohd
Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan
adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.
Bekas Mufti
Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang
Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih
rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.
Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.
“Kenapa mesti
ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara
Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu
menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.
“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.
“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.
Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.
“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.
Sebelum ini,
Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan
kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.
Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.
Ia mengundang
kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan
dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.
“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.
Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.
Dalam pada itu
beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni
yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.
Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.
“Semua orang
mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih
menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.”
katanya kepada The Rakyat Post.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.