SHAH
ALAM - Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Yunus
Hairi berkesempatan meluangkan masa melawat Pegawai Perhubungan Awam dan
Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang kini kritikal di
Hospital Sentosa Klang, semalam.
Beliau kini bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.
“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan kesedihan saya kepada ahli keluarga Saudara DJ Mansor, seorang tenaga penting di sebalik penerbitan TV Selangor yang kini di dalam keadaan yang agak kritikal.
“Saya mengenali Saudara DJ Mansor dengan agak rapat kerana beliau sentiasa menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumbalas berkenaan isu-isu di Selangor dan aktiviti serta program di bawah portfolio jagaan saya untuk disebarkan melalui TV Selangor,” katanya.
Yunus berharap semua pihak mendoakan kesihatan DJ Mansor dan sekeluarga dapat bersabar dan tenang menghadapi dugaan itu.
Turut menziarahi DJ Mansor ialah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.