Followers

Thursday, April 24, 2014

Apakah Gajah akan tunduk kepada pelanduk?

 
 Pas mesti meneruskan hasrat membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen dan tidak sesekali tunduk kepada penentangan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya demi menjaga hati pakatan pembangkang.

 Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita tertinggi penubuhan parti itu dan usaha ber-kenaan tidak seharusnya dikendurkan atau digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

 Menurutnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk Pas membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud kerana Kerajaan Persekutuan dan UMNO sendiri sudah menyatakan sokongan.

 "Hudud merupakan antara teras perjuangan Pas yang telah lama kita perjuangkan kerana itu tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik. Pas perlu pastikan jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam.


 "Sekarang masa paling sesuai sebab ada keterbukaan daripada Kerajaan Pusat dan UMNO tetapi penghalangnya adakah kita nak jaga hati rakan politik (DAP dan PKR)," katanya ketika ditemui pada Seminar Antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, katanya.

Itu adalah kenyataan Nasharudin Mat Isa pada 10 April lalu di akhbar Utusan Meloya.

 Orang PAS lazimnya akan memboikot akhbar tersebut. Kalau anda atau sesiapa sahaja yang dilihat mengepit akhbar Utusan, pastinya anda akan dicop sebagai orang Umno. Anda akan dipandang rendah dan sempit pemikiran kerana membaca akhbar Umno tersebut.

 Anda adalah berfikiran terbuka dan Islamik kalau anda mengepit akhbar Harakah. Anda adalah pejuang Islam yang tulin sekiranya anda membelinya walaupun tidak membacanya ....Anda adalah Islam Haraki....

Akhbar Harakah pun seolah-olah sudah ikut cakap Nasa?     .

Ingatkan blog-blog macai Umno sahaja …  Apakah 21 Ahli Parlimen PAS akan mampu mendapatkan sokongan 88 Ahli Parlimen Umno? 
 Itulah yang bakal kita saksikan bila ianya dibentangkan di parlimen kelak; Insya' Allah ~ 
 
Kita akan menyaksikan bagaimana Gajah yang besar dan terkenal ganas selama ini, akan tunduk melutut kepada pelanduk yang begitu kecil ....
 
al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.