Aku ada menulis sebelum ini, PKR mesti bersedia untuk menamakan calon lain di PRK Dun Kajang.
Aku terdetik untuk menyebut begitu kerana aku
rasa 'game' puak ini sudah mula dapat dibaca sebaik saja Kerusi Kajang
dikosongkan dan SPR lewat umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh
mengundi.
Aku tahu bukan saja di kalangan penyokong Umno saja yang seronok melihat
kezaliman yang berlaku kepada Anwar, tetapi ada dari rakan-rakan kita
sendiri yang mungkin tidak bersedih dan bersimpati dengan Anwar.
Bermula dari rancangan Anwar "Kajang Move' ini diatur sudah ada
suara-suara itu, tetapi aku tidak hairan kerana bagi aku di dalam
kelompok manusia ini kita tidak boleh lari dari menemui rakan-rakan yang
tidak sanggup bersusah bersama.
Anwar tiba di Sekamat, Kajang |
Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara petang semalam oleh Mahkamah
Rayuan. Dubur Sepol kali ini berjasa besar kepada Umno biarpun aku
yakin untuk sementara waktu.
Jaminan RM10 Ribu membolehkan Anwar dapat
bertemu para penyokongnya dari PR mahupun dari yang tidak berparti.
Lokasi pertamanya malam tadi adalah bertemu para penyokongnya di
Sekamat, Kajang.
Ertinya, di dalam keadaan senang Anwar di Kajang
hampir setiap malam semenjak Kerusi Kajang dikosongkan, waktu susah pun
Anwar tidak lupa Kajang.
Meskipun Anwar awal-awal sudah beritahu,
beliau tidak layak lagi bertanding di PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti
akibat hukuman zalim tersebut, namun beliau hadir juga ke Kajang.
Ribuan menyambut Anwar di Sekamat |
Anwar dengan penuh semangat dan tegas berkata, "Kajang Move" akan tetap
diteruskan dan beliau tetap akan berperanan di Kajang untuk menentukan
Umno/Bn hilang dari bumi Malaysia khususnya di Selangor.
Putrajaya
tidak akan dilupakan walau apa pun rintangan yang berlaku dan ianya akan
bermula di Kajang, ujarnya.
Kekuatannya sekarang adalah sokongan
rakyat selain dari semangat kuat yang diberikan oleh isterinya, DS Wan
Azizah.
Anwar berkata, waktu melihat isterinya menitiskan air mata
sewaktu hukuman dijatuhkan, beliau membisikkan kepada isterinya tidak
perlu menangis kerana perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan.
Beliau
yakin, ada hikmah yang lebih hebat dan besar hasil dari ujian ini.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berucap dengan agak
lantang dan emosional sekali. Kali ini beliau kelihatan amat berminat
dengan "demontrasi jalanan".
Reformasi 2.0 akan dibincangkan di dalam
PR untuk diadakan bagi menentang kezaliman ini, katanya.
Selepas berucap rengkas di Sekamat, Anwar sepatutnya turun ke Stadium
Kajang pula untuk menemui lebih kurang 3 Ribu rakyat yang menantinya di
sana.
Malangnya, beliau terpaksa berpatah balik ke belakang kerana ada
urusan penting yang segera perlu diselesaikan dengan para Peguamnya
malam tadi.
Namun, kehadiran Nurul Izzah, anakanda sulung Anwar dapat mengubati kesedihan para penyokong Anwar di Stadium Kajang.
Namun, kehadiran Nurul Izzah, anakanda sulung Anwar dapat mengubati kesedihan para penyokong Anwar di Stadium Kajang.
Beliau
dengan lantang menyatakan, Anwar hanya simbol bagi menunjukkan kezaliman
Umno/Bn dan selepas ini satu persatu pimpinan PR akan ditekan oleh
rejim zalim ini.
Apa pun katanya, rakyat pasti bersedia untuk bangkit melawan rejim yang semakin rakus ini.
Apa pun katanya, rakyat pasti bersedia untuk bangkit melawan rejim yang semakin rakus ini.
Asyik mendengar pidato Nurul Izzah |
Suasana di Stadium Kajang |
Apa yang boleh dilihat malam tadi, sebaik saja hukuman dijatuhkan ke
atas tokoh hebat ini, rakyat tidak perlu menanti notis lagi.
Ribuan rakyat turun ke Kajang untuk menyatakan rasa dukacita mereka, berkongsi kesedihan mereka di samping untuk menunjukkan semangat rakyat semakin tinggi untuk menjatuhkan Umno/Bn.
Sekali lagi dubur Sepol menjadi penyambung hayat kerajaan 47% ini. Sampai bila dubur itu boleh bertahan?
Ribuan rakyat turun ke Kajang untuk menyatakan rasa dukacita mereka, berkongsi kesedihan mereka di samping untuk menunjukkan semangat rakyat semakin tinggi untuk menjatuhkan Umno/Bn.
Sekali lagi dubur Sepol menjadi penyambung hayat kerajaan 47% ini. Sampai bila dubur itu boleh bertahan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.