Followers

Wednesday, March 19, 2014

PERLUKAH MAHKAMAH RAYUAN BERSIDANG SEGERA..???

MAHKAMAH RAYUAN DIWUJUDKAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN PEMERINTAH.JIKA PIHAK YANG MELIBATKAN KUASA DAN PEMIMPIN BEE END PASTI 100% AKAN BERJAYA RAYUAN MEREKA....

SHAH ALAM: Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.

ICJ dalam satu kenyataan berkata, ‘pusingan-U’ yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.

“Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi.

Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.