KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.
Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.
"Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.
"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.
Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.
Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.
Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.
"Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin.
"Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya.
Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara.
"Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin.
Hadiah harijadi Toyota Alphard ?..siapa yang bayar ?...
Toyota Alphard model 2009 - Mungkin model ini sebab harga pun RM600 ribu. Kalau model lama, rasa nya harga nya dah murah.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di
ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan ‘hadiah’ kereta dari
syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.
Artikel tersebut- ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ – mendakwa isteri Liow – Lee Su Loo – dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.
Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.
ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902).
Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan. - Malaysiakini

Aku cuma nak kata:
Kadang kadang macam tak percaya. Di tengah tengah krisis kepimpinan yang melanda MCA, tiba tiba keluar pula isu 'hadiah' ini. Ada kah ia nya secara kebetulan ?. Pada hal hadiah berkenaan diberi pada January 2009. Mengapa isu tersebut tak keluar masa itu ?. Mungkin orang belum tahu atau krisis MCA belum memuncak.
Apabila krisis kepimpinan MCA semakin kusut, Liow Tiong Lai dilihat menjadi harapan untuk menerajui MCA menggantikan Ong Tee Keat dan sudah pasti lah Ong tidak akan menyerah dengan mudah. Isu 'hadiah' ini sedikit sebanyak akan membuatkan Liow yang kelihatan bersih menjadi sedikit kotor.
Dalam Utusan online SPRM menyatakan akan menyiasat dakwaan tersebut.
Namun begitu didalam BN dan kepimpinan 1 Malaysia, macam macam
kemungkinan boleh berlaku. Aku tidak mahu mengandaikan apa apa,
cuma...katakan lah
'hadiah' itu diberikan kepada isteri Anwar Ibrahim, isteri Lim Kit
Siang, isteri Hadi Awang atau isteri sesiapa sahaja dalam Pakatan
Rakyat, sepantas kilat pegawai polis dan SPRM tercogok depan pintu
datang untuk membuat siasatan.
MCA & UMNO SAMA SAJA - ( MAU CARI ANGPAU )
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.