Ketidakselarasan
dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370
menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas
maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis
yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.
Ia berkata,
China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab
terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang
pada 8 Mac.
Pesawat Boeing
777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang
apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara
masih berusaha mencarinya.
"Mereka
mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik
domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan
Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang
menganalisis politik negara selama setengah abad .
“Dengan punca
kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan
mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat
sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat
lain di rantau."
"Pentadbiran
Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan
memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu,
dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler.
Laporan penuh ; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kegagalan-urus-krisis-mh370-dedah-keupayaan-kepimpinan-malaysia-kata-pengan
Sehari
dua mungkin media mahupun masyarakat antarabangsa tidak akan
mempertikaikan tetapi sudah memasuki hari ke5 pesawat MH370 masih belum
dijumpai.
Dengan
berbagai andaian yang diberikan serta percanggahan pendapat diantara
sesama agensi penyelamat telah menampakkan kelemahan kerajaan Malaysia
yang dipimpin oleh Najib dimata dunia.
Terbaru
pagi ini, The Star telah melaporkan Vietnam telah menghentikan serta
merta operasi pencarian pesawat MH370 yang mungkin selepas ini akan
diikuti oleh Thailand hanya kerana percanggahan maklumat.
Mereka
hanya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sekiranya Malaysia
dapat memberikan maklumat yang tepat tentang dimanakah keberadaan
pesawat MH370 itu. Cerita tentang kegagalan pemimpin kita Najib juga
terdapat di Blomberg News
Laporan penuh ; http://www.bloomberg.com/news/2014-03-11/malaysia-failing-to-manage-plane-crisis-exposes-leadership-limit.html#disqus_thread
Dan ini
adalah antara komen-komen yang diberikan oleh pembaca Bloomberg News.
Aku secara jujurnya memang tidak menyokong kenyataan mereka ini, kesian
negara aku dinilai seperti ini di luar negara, tetapi mereka melihat
dari sudut realiti. Kebanyakan ahli keluarga juga tidak berpuas hati
dengan cara siasatan yang diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia yang
mereka anggap terlalu lambat bertindak.
http://tikaqbuloh.blogspot.com/2014/03/penganalisis-dan-blomberg-news.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.