KUALA LUMPUR - Dr Mahathir Mohamad difahamkan telah menghantar surat
perletakan jawatan sebagai Penasihat Proton Holdings Bhd di saat projek
automobil negara itu memerlukan lebih banyak dokongan kewangan daripada kerajaan.
"Surat perletakan jawatan telah dihantar," kata sumber yang rapat dengan Dr Mahathir kepada The Edge.
Bagaimanapun pihak pengurusan Proton diyakini menyimpan surat tersebut dan tidak membuat sebarang pengumuman dengan harapan pemegang saham terbesar Proton, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat memujuk mantan Perdana Menteri itu supaya menimbang semula perletakan jawatannya itu.
Syed Mokhtar menjadi pemilik Proton setelah menguasai 55.92 peratus kepentingan dalam DRB-Hicom Bhd.
DRB Hicom menjadi pemilik saham terbesar Proton setelah membeli kepentingan Khazanah Nasional dalam syarikat automobil negara itu pada 2012.
Proton disifatkan sebagai projek 'anak emas' Dr Mahathir sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilantik menjadi Penasihat Proton Holdings Bhd pada 2003 setelah berundur sebagai Perdana Menteri.
Usaha The Edge untuk mendapatkan penjelasan Dr Mahathir gagal kerana beliau dilapor berada di luar negara.
Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang surat perletakan jawatan itu.
Akhir tahun lalu, Dr Mahathir, 88 meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Beliau memberikan alasan kesihatan atas tindakannya itu namun sumber menyebut "Petronas gagal memenuhi beberapa permintaan Dr Mahathir".
Sumber Proton menyebut antara kekecewaan Dr Mahathir adalah perletakan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim bulan lepas.
Lukman yang dibawa masuk ke Proton oleh Dr Mahathir pernah mengumumkan perletakan jawatan Julai tahun lalu tapi tidak meneruskan hasrat beliau.
Namun perletakan jawatan Lukman daripada Proton pada Februari adalah muktamad. -Harakahdaily
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com./

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.