Followers

Monday, March 10, 2014

"Luar biasa tiada panggilan kecemasan, kecuali ada BOM dalam kapal" - Pakar Penerbangan

 
Sepanjang hari ini sahaja, ramai pakar dalam bidang penerbangan memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden pesawat MH370 yang hilang tanpa sebarang petunjuk.

Namun pendapat dari seorang pakar penerbangan, David Learmount telah mengejutkan ramai pihak apabila menimbulkan spekulasi "bom" sebagai punca insiden tersebut.  Menurut Learmount:

"Luar biasa apabila juruterbang gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu. Kecuali terdapat bom di dalam kapal tetapi bukti itu tiada. '

Namun begitu, Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada pesawat Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun  2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.

Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat, katanya.

Learmount berkata: "Ini adalah perbandingan sejarah dan boleh menjadi satu kebetulan."

"Kejadian ini juga berlaku pada waktu awal pagi, selepas waktu tengah malam, dan juga telah hilang tanpa sebarang panggilan daripada juruterbang."

Namun menurutnya lagi: "Pesawat moden dibina dengan cantik dan sangat selamat."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.