BILA MUSIBAH DAN BALA MENIMPA KITA PERLU BERMUHASABAH
Bila musibah datang
melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita
mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di
manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah
se-eloknya.
Sebelum saya teruskan
penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini
terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei
menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England.
Chong Wei
sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai
permainan.
Tidak seperti semalam,
perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan
menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan.
Namun pengalaman sebagai
pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada
beliau mara ke final.
Dalam masa yang sama,
seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat
MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri.
Pelbagai
spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga
SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar
angin.
Khabar angin yang
menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal
mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China,
ternyata ia tidak benar.
Lagi teori mengatakan MH370 terhempas
disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih
setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas
alasan tiada isyarat kecemasan.
Lagi teori kononnya
MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi
pencarian diluaskan ke selat Melaka.
Teori patah balik ini hadir dari
team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak
mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab.
Ini
menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara
kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?
Akhir sekali yang
terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui
bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari
jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan
keajaiban.
Misi pencarian juga
merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba
menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih
berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan.
Bila ada pihak yang
merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya
mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri
kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi
penyelamat.
Ya benar pak menteri,
Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori
askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota
tentera ke sekolah.
Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal
selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun
di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.
Negara seperti China dan
Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa
kita berkira untuk menghantar Scorpene?
Apakah Scorpene bernilai 7
bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam?
Lebih malang apabila
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan
bersantai di kem ILMU Janda Baik.
Ini bukan khabar angin, laporan
bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.
Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?
Saya berhenti sejenak
menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi.
Mujurlah tiada bik mama di sekitar.
Lee Chong Wei menang straight set
dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata
Hasbullah Awang.
Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini,
rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh
Chen Long.
Saya pergi ke laman
rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah
terhidu udara berjerebu yang berbau asap.
Suasana begini masuk hampir
sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak
akhir-akhir ini.
Jerebu, kemarau panjang,
statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir
besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar.
Ditambah pula
tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala...
Bala...
Boleh jadi, negara ini
sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga
apabila kita menghalalkan penipuan.
Jangan kita sesekali lupa bahawa
pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan
yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.
Maka, jangan kita hairan
apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi
rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah.
Selagi kita berkompromi
dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan
berterusan.
Rumusannya, selagi kita
terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita
bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu,
kita sebenarnya telah bersubahat.
Justeru itu, bangkitlah
merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan.
Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan
kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.