FMFA: Mei Fun Patut Sekolah Semula Belajar Geografi
[Selangorku] SHAH ALAM 19 MAC: Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, disaran mengulang
subjek Geografi di sekolah.
Saranan itu dibuat ekoran tuduhan Chew Mei Fun kononnya Kerajaan
Selangor bertanggungjawab mengeluarkan permit konsert kontroversi,
Future Music Festival Asia (FMFA) yang mengorbankan enam anak muda
selepas mengambil dadah berlebihan.
Sebaliknya, Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang
Khim berkata, lokasi Stadium Bukit Jalil yang menjadi venue festival itu
terletak dalam kawasan Kuala Lumpur.
“Dia menyalahkan kerajaan negeri. Saya rasa dia kena sekolah balik, ambil subjek Geografi.
“Bukit Jalil berada dalam Kuala Lumpur bukan Selangor. Jangan kaitkan dengan kerajaan negeri sesuka hati,” kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di sini hari ini.
Tambah Chang Khim lagi, permit konsert terbabit dikeluarkan pihak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tiada kena mengena dengan
kerajaan negeri.
“Isu penyalahgunaan dadah merupakan bidang yang berada dalam
tanggungjawab polis dan penggunaan Stadium Bukit Jalil adalah DBKL,” kata beliau lagi.
Beliau juga berharap agar Mei Fun membuat penyelidikkan sebelum
mengeluarkan sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak. - NAZLI IBRAHIM
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.