Followers

Thursday, March 20, 2014

Australia Jumpa Pesawat MH370.

Photo: Thursday, 20 March 2014.

Australia Jumpa Pesawat MH370.

12:00PM Mac 20 2014Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sepanjang 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.

Ditanya sekiranya objek tersebut kelihatan seperti bahagian kapal terbang, Young berkaata: "Apa yang kita cari ialah pengesahan bahawa ia milik pesawat itu atau tidak".

Ditanya sekiranya bahagian seperti tingkap pesawat kelihatan, Young berkata: "Pengimejan tersebut tidak jitu sehingga tahap itu."

Objek tersebut dipenuhi air dan kelihatan tenggelam timbul, katanya.

Tambahnya, keadaan cuaca kini sederhana tetapi tahap penglihatan yang rendah mungkin menjejaskan pencarian dari udara dan satelit.

Terdahulu, perdana menterinya Tony Abbott yang berucap di parlimen negara itu pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hindi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 sengaja dilencongkan dari laluan asal.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin beritahu dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada dewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian.

Sementara itu, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan tersebut dianggap sebagai petunjuk baru bagi operasi mencari dan menyelamat ke atas pesawat membawa 239 orang itu.

“Saya boleh sahkan kita ada petunjuk baru... dan saya akan bertemu perwakilan Australia sekarang,” katanya seperti dipetik agensi berita Reuters.

Sementara itu, laporan BBC menyebut suasana di sebuah pengkalan udara di Perth sibuk dengan perlepasan pesawat mencari dan menyelamat ke kawasan operasi.

Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 masuk hari ke-12 hari ini.

Posted by Jeebond BLM.

Putrajaya tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu

Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan.
Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13.

"Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu.

"Pihak tentera tidak mahu kelihatan buruk di negara sendiri. Saya fikir ada banyak insentif untuk tentera mereka untuk menutup kesilapan sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam artikel tersebut tidak ada bukti tentang sesiapa yang tahu di mana pesawat itu, manakala tekanan daripada keluarga para penumpang dan anak kapal yang menuntut jawapan terus meningkat. – tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.