AKU sudah sampai Kajang. Meskipun berkesempatan hadir lewat, namun aku
bangga telah ramai rakan-rakan berkampong di sini.
Semuanya di dalam
keadaan bersemangat sekarang.
Kelmarin telah selesai undi awal dan undi pos. Seribu lebih layak
mengundi kelmarin dan aku percaya calon PR, DS Wan Azizah tidak berharap
sangat keajaiban undi awal kerana kita telah maklum lama kaedah undi
awal ini adalah aset mereka.
Jika Kak Wan dapat 20% daripada jumlah
undi itu pun kira nasib sangat.
Malam ini aku akan cuba hadirkan diri di Stadium Kajang untuk berada
sepentas dengan anak-anak muda dan mahasiswa.
Pengerusi KEADILAN Pahang
yang juga MP Indera Mahkota juga turut hadir, YB Dato' Fauzi Abdul
Rahman yang pastinya akan membawa kisah menarik tentang partinya dahulu
iaitu Umno.
Marilah beramai-ramai malam ini kita bertemu di Stadium Kajang, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.