Followers

Thursday, March 20, 2014

Ceramah ditengah panas?. dah gila ke penceramah BN ni..

Photo: Thursday, March 20, 2014.

Ceramah ditengah panas?. dah gila ke penceramah BN ni..

Daripada membuang masa berceramah tanpa ada orang yang mendengar, ada baiknya jika penceramah Barisan Nasional (BN) membuat kunjungan rumah ke rumah bagi merayu undi.

Seperti yang disaksikan wartawan di Sungai Jelok, Kajang tengahari semalam, tidak ada seorang pun pendengar di atas padang kerana cuaca panas, mereka yang lalu lalang pula hanya tersenyum melihat gelagat penceramah BN seramai empat orang ini.

Tidak nampak di mana rasionalnya berceramah tengah panas tanpa ada sesiapa yang mendengar tetapi lebih rasional lagi kalau cukup seorang sahaja yang memberi ceramah dan tidak perlu dibuat bergilir.

Bak kata seorang lelaki yang sedang makan di warung berhampiran, usaha dan niat petugas BN adalah baik tetapi tidak kena pada tempatnya.

"Dia sanggup berdiri tengah panas dan bercakap seorang diri. Sepatutnya, dia dan kumpulannya fikirkan cara lain untuk mendekati pengundi dan bukan cara ini.

"Saya bukan orang pandai untuk menegur sesiapa tetapi kumpulan penceramah BN itu harus lebih peka dengan apa yang dilakukan sama ada wajar atau tidak,” ujarnya. - MalaysiaGazette.

Anak Sungai Derhaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.