Rimau Sumatera
Keputusan
Mahkamah Rayuan mensabitkan lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim
atas tuduhan liwat bukan saja menyekat peluang Ketua Umum PKR itu untuk
bertanding dalam pilihan raya Kajang 23 Mac ini, tetapi ia juga memberi
kesan negatif dan risiko kepada Umno dan BN.
Seorang pegawai bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, berkata rakyat akan makin membenci dan meluat kepada Umno dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat taktik politik Umno memenjarakan Anwar itu sebagai mengulangi perkara sama yang menjijikkan.
Katanya rakyat tidak memahami proses mahkamah, prosedur perbicaraan dan sebagainya, tetapi apa yang diterima Anwar itu dianggap satu kezaliman yang sukar untuk diterima.
"Sebab itu bagi saya, rakyat akan makin membenci Umno. Rakyat akan melihat Umno menggunakan taktik buruk dan jahat untuk mempertahankan kuasa," jelasnya.
Tambah pegawai itu lagi, dalam keadaan orang ramai celik politik dan dapat menghidu bau bom dan mortar dan koktel Umno, rakyat dapat membaca hujung jatuh motif kes berkenaan.
"Saya bukan penyokong Anwar tetapi saya mengagumi perjuangannya. Sepatutnya permainan politik kita tidak mencampur aduk di antara masalah peribadi dengan kepimpinan. Apa yang kita kena nilai ialah idealisme perjuangan seseorang itu apakh logik dan membawa kebaikan kepada rakyat atau tidak," katanya.
Katanya, sama ada Anwar bersalah, atau meliwat atau tidak hanya dia dan Tuhan saja yang tahu dan ia tidak perlu dihakimkan menerusi mahkamah politik.
Baginya kata pegawai itu sikap mengeksploitasikan sesuatu keadaan yang jijik untuk mencari keuntungan politik adalah perbuatan yang hodoh.
"Mahkamah politik sangat kotor dan penuh dengan kesadisan," katanya. Bekas pegawai ini merupakan tokoh Umno di sebuah bahagian kurang senang dengan penyelesaian sesuatu isu menerusi mahkamah yang dilihat ianya dibuat secara terdesak.
"Umno atau Najib dan Muhyiddin perlu berani dan gentleman berdepan dengan rakyat. Berpolitiklah secara berani dan tidak menyalahgunakan instrument kerajaan yang ada," katanya lagi.
Beliau juga mempertikaikan kalau pemimpin Umno hendak mengambil kira keperibadian pemimpin Malaysia yang ada untuk dijadikan modal kepentingan diri, ramai pemimpin Umno yang mempunyai moral lebih buruk daripada apa dituduhkan terhadap Anwar.
Memang bahkan sesetengah kerat pemimpin yang ada hari ini kebusukan mengenainya bukan saja dihindari manusia tetapi ia juga turut dihidari oleh kerbau dan babi.
Kenapa tidak, mereka bukan sahaja memberi gambaran buruk dengan perbuatannya tetapi turut menyapu dan menyamun harta rakyat.
"Kita tahu bahkan Najib sendiri tahu sejauh mana keputihan dan kebersihan moral politik para menterinya?" soalnya lagi.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Anwar satu penganiyaan berterusan dan ianya terkeluar dari lunas-lunas agama dan adat budaya.
"Bagi saya apa yang dilakukan ke atas Anwar satu penganiayaan, dan terkeluar daripada landas politik sebenar," ujarnya lagi.
Untuk menyelamatkan keadaan sarannya, Najib harus melakukan sesuatu terhadap Anwar bukan saja untuk tidak menganiaya ketua pembangkang itu, tetapi juga demi masa depan Umno.
Sekiranya Najib pengecut untuk berbuat sesuatu nescaya Umno dan beliau sendiri akan lingkup dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya sesuatu yang dimaksudkan itu ialah memulihkan keburukan yang dilakukan ke atas Anwar yang memberi kesan buruk kepada Umno itu, dengan memohon pengampunan terhadap Anwar apabila beliau dipenjara kelak.
"Saya percaya kalau Najib sedia dan berani mengambil langkah ini beliau akan dilihat sebagai pemimpin bermaruah dan samping itu juga Najib dapat mengawal tekanan ke atasnya," tegasnya.
Beliau juga memberi peringatan kepada Najib atau Muhyiddin Yassin dan orang Umno jangan merasa sedap dengan apa yang dilakukan ke atas Anwar. "Orang Umno boleh bersorak, tetapi rakyat belum tentu lagi," katanya.
Beliau yang kini sudah bersara dari aktif dalam Umno menjangka pilihan raya Kajang nanti calon PKR, letaklah siapa saja akan menang besar kerana rakyat Kajang sama sekali tidak dapat menerima tindakan ke atas Anwar.
Dalam pada itu pegawai itu juga memberi ingatan kepada Najib, agar mengenal siapa sebenar musuhnya. "Bagi saya musuh Najib bukan Anwar tetapi orang di dalam Umno sendiri.
Orang ini hendaklah dikenali kerana dia jugalah yang menjadi musuh dan menyusahkan pentadbiran Abdullah Badawi dahulu,".
Memahami apa dimaksudkan bekas pegawai itu individu yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan dia adalah Dr Mahathir Mohamad. – www.msomelayu.blogspot.com, 9 Mac, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.