Followers

Wednesday, February 19, 2014

Waythamoorthy: Aku Dah Jumpa Najib 16 Kali, Habuk Pun Tarak...


Waythamoorthy Temui PM Sebanyak 16 Kali Sebelum Letak Jawatan

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.jelasnya.

Waytha selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.

"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.

Pada 10 Februari lalu, Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa. -mstar

Najib harus letak jawatan, kata Waytha Moorthy


Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.

Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan. -TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.