Pulau Pinang Tidak Lulus Kasino kerana Banyak Kemudaratan daripada Kebaikan: Guan Eng
[RK] GEORGE TOWN, 18 FEBRUARI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan kasino yang lebih banyak
kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin
ekonomi, termasuk Ikea.
Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali
ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk
ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara
itu.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah
memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu
di Batu Kawan, Pulau Pinang.
“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi
Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam
kenyataan media di Komtar, semalam.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, projek itu adalah
usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan
akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi
pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat
komersil dan runcit.
Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan
pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael
Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus
Pengembangan, Edward Ng.
Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
di Batu Kawan bernilai RM484 juta, di mana pusat membeli-belah dijangka
akan siap dalam tempoh lima tahun.
Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu
Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan
fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan
bercampur.
PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.
Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang
mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai
enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta
antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri,
peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.-Roketkini.com
P/s: Kerajaan DAP yang dicap anti-Islam enggan melulukskan pembinaan
kasino kerana sedar akan kesan negatifnya kepada masyarakat.
Mohon UMNO merasa malu bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada Allah.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.