Followers

Thursday, February 27, 2014

PRK Kajang : Apabila BN cakap macam lidah biawak..!!!

 
Sebelum ini ada dua isu dibangkitkan Umno/BN membabitkan bakal calon ‪#‎PRK_Kajang‬ iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik... pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. 
 
Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ turut serta memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.


Photo: Thursday, February 27, 2014.

PRK Kajang : Apabila BN cakap macam lidah biawak..!!!

Sebelum ini ada dua isu dibangkitkan Umno/BN membabitkan bakal calon #PRK_Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik... pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ turut serta memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

Malahan tindakan DSAI itu mengundang rasa tidak puas hati pemimpin Umno/BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro Umno/BN yang membuat laporan polis berhubung tindakkan DSAI, ditambah lagi portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Bagaimanapun segala kritikan dan kencaman BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran TPM merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang,lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik.

Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata Kita mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai pilihan raya. Pucuk pimpinan BN telah menimbang pendapat pemimpin akar umbi untuk tawar diri tanding DUN Kajang dan menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewar-warkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun Kajang...

Umno/BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. Umno/BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.

Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun ‘cakap tak serupa bikin’, bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?

Kedahlanie.

Malahan tindakan DSAI itu mengundang rasa tidak puas hati pemimpin Umno/BN. 
 
Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro Umno/BN yang membuat laporan polis berhubung tindakkan DSAI, ditambah lagi portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Bagaimanapun segala kritikan dan kencaman BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran TPM merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang,lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik.

Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata Kita mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai pilihan raya. 
 
Pucuk pimpinan BN telah menimbang pendapat pemimpin akar umbi untuk tawar diri tanding DUN Kajang dan menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewar-warkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun Kajang...

Umno/BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. Umno/BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.

Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun ‘cakap tak serupa bikin’, bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?
 
 
KedahLanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.