Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran
iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat
milik AirAsia.
Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat
AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your
momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”
Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh Malaysia.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap agak melampau.
Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat yang mana asasnya adalah untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.
“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong warga asing.

Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai
jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai
sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil.
AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima
secara bulat-bulat daripada agensi yang menghasilkannya.” jelas Dato’
Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.