Followers

Monday, February 24, 2014

PERGH!!!! ... RUPA-RUPANYA YANG BELASAH ISTERI SAMPAI MASUK PENJARA SETAHUN IALAH PENYOKONG TEGAR "TUKAR".

 

Satu dunia tahu gerakan yang menamakan diri mereka TUKAR adalah suatu laungan “gelombang merah” dan “tukar” yang mengajak masyarakat Kelantan menukar kerajaan negeri PAS/PR pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu .. Kumpulan yang menyokong padu abadi tegar totok UMNO/BN di Kelantan.

Akibat mencederakan isteri -  seorang pembantu peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara setahun oleh  mahkamah Majistret Kota Bharu,  Kelantan.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Yuhazmi Yusoff, 30 tahun, mengaku bersalah.

Beliau  memerintahkan hukumanu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham apabila isteri tertuduh-  Norasikin Sayed Abdul Karim, 27 tahun menegur tertuduh yang tidak bekerja.

Tertuduh berang lalu  menghantuk kepala mangsa ke dinding, menumbuk badan dan menampar pipi mangsa.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana  insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.



Omak Kau !!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.