SUASANA DI TAMAN SAUJANA IMPIAN, KAJANG YANG BUAT DAIM BANGUN DARI TIDUR DAN TUN M TAKUT KECUT PERUT.
Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional (BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.
"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.
"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.
"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? Anak dialah,” katanya.
BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.
Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.
"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.
"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan,” katanya.
Media Orang Kampung
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.