SHAH
ALAM – Sistem ekonomi Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas tidak
wajar ditolak namun umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana ia
berteraskan sistem kapitalis bersifat zalim serta tidak memperjuangkan
keadilan kepada pengguna di negara ini.
Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali
Hashim mendakwa pasaran bebas hanya menguntungkan golongan kaya manakala
golongan miskin pula akan jauh ketinggalan sekali gus melonjakkan kadar
inflasi yang tinggi.
Katanya lebih membimbangkan apabila kerajaan sendiri mengamalkan sistem
liberal yang cenderung kepada amalan rasuah dan kompromi dalam urus
tadbir ekonomi negara ini sekali gus menggalakkan monopoli ekonomi oleh
syarikat korporat dan multi nasional.
“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di
negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke
belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh
dunia.
“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun
mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan
ekonomi negara,” katanya pada Wacana Sinar ke-26 bertajuk ‘Bagaimana
Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Sultan Muhammad V,
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut, beliau berkata umat Islam perlu mencari sistem ekonomi
alternatif termasuk wakaf korporat atau jihad bisnes yang menjaga
kepentingan dan kebajikan umat Islam dalam keupayaan pemilikan harta.
Pj.Blogspot.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.