Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan
menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas
timbalannya Nik Abduh.
Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat.
Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja.
Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.
Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.
Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas.
Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis ‘orang-orang Umno’, apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam - Mso.
Posted by Jeebond BLM

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.