Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata Taib Mahmud tidak layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“SPRM
tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh
rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang
perseorangan,” katanya mengulas spekulasi pengunduran Taib.
Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.
“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,” kata Zulhaidah dipetik daripada FMT News.
Beliau berkata sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat “Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa.
Seolah-olah Taib kebal SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan profesional tidak konsisten,Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa sahaja." katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.