Pak Yazid Jaafar, satu nama yang cukup terkenal sebagai penceramah dakwah di zaman sebelum kewujudan youtube dahulu.
Di
tahun 80-an dan 90-an, siapa yang tidak kenal akan nama Pak Yazid
Jaafar melalui siri ceramah-ceramah beliau yang tersebar luas melalui
jualan kaset.
Suara
beliau yang selalu berkumandang melalui kaset-kaset dahulu dalam
menyampaikan dakwah Islam, kini hanyalah satu tinggalan pahala yang di
wasiatkan buat umat kerana Pak Yazid telah menghembuskan nafas terakhir
beliau hari ini dirumahnya di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua.
Antara jasa-jasa Allahyarham Pak Yazid adalah:
1. Mengetuai perbarisan hari merdeka pada 31.8.57
2. Bekas YDP Persatuan Bekas Perajurit Force 136.
3. Menyertai parti PAS pada tahun 1956
4. Pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dari tahun 1970 hingga 1974
5. Pernah bertanding dalam Pilhanraya Umum pada 1969 menentang Tun Razak di Pekan, Pahang
6. Merupakan petugas sepenuh masa di pejabat agung PAS semenjak 1964 hingga 1974
7. Menjadi guru agama dan pendakwah terkenal di Lembah Kelang semenjak 1960-an hingga 2014
(Sumber: Jabatan Arkib PAS)
Menurut
kenyataan ringkas Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman Zakaria
sewaktu menziarahi jenazah Pak Yazid: "Allahyarham istiqamah dalam
perjuangan hingga akhir hayat. Ada masa tidak sependapat dengan
keputusan mesyuarat tetapi tidak pernah keluar parti. Memahami amal
jamaie."
Jenazah Allahyarham Pak Yazid akan dibawa ke rumah beliau di Kg Baru, Kuala Lumpur untuk disemadikan hari ini.
Al-Fatihah buat seorang lagi permata dakwah yang dijemput pulang menghadap Maha Pencipta.
Semoga
roh beliau dicucuri rahmat beserta dengan orang-orang yang beriman dan
segala jasa bakti beliau berjuang menyampaikan dakwah buat kita semua
dibalas syurga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.