Followers

Monday, January 6, 2014

Waduh!! Hebat, empat serentak (Gambar)

 

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta
 
Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama
 
KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 
-Bernama-

* Kalau kita, nak bawa seekor lembu pun belum tahu boleh ke tidak. Ini empat  ekor boleh sumbat dalam satu kereta.
Minta maaf bro, jangan salah faham dengan tajuk. Bukan kahwin empat orang serentak.
 
Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.