Memang Sekarang Ramai Yang Buat Lawak Bodoh!
Lawak bodoh yang menyebabkan saya tak suka tengok rancangan Raja Lawak!
PETALING JAYA: Kumpulan
pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia
(RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen
televisyen itu.
Ajak atau nama
sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima
sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil
untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu
2014 pada Selasa lalu.
"Kami tidak
tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara
tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk
mengendalikan rancangan terbitan mereka.
"Boleh
dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak
stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai
rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya ketika
dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Ajak berkata
demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar
mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan
menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert
Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.
Shiro dikatakan
terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan
memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas.
Tambah Ajak,
persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika
waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.
"Ya...kami ada
menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja
berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat
untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu," ujarnya.
Bagaimanapun,
mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana
pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.
Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.