Kenyataan Media
15 Januari 2014
Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.
Nama Rosmah Mansor sekali lagi dipetik menjadi kontroversi nasional apabila didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza Aziz yang menjadi penerbit filem tersebut.
Dakwaan tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz mendapat sumbangan kewangan dari ibunya. M-Star Online bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.
Riza Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik. Baru-baru ini, susuk yang sama telah terpalit dengan skandal pembelian kondo mewah di New York bernilai RM111 juta.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tegas mempersoalkan dari mana datangnya kemewahan luar biasa keluarga Perdana Menteri?
Semua dakwaan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media yang berwibawa, bukan dipetik dari blogger politik semata-mata. Sedangkan sebelum ini ramai pimpinan politik anti-kerajaan yang ditangkap dan didakwa hanya dari sumber pihak yang tidak kredibel.
Maka SAMM mendesak satu Jawatankuasa Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat semua dakwaan kemewahan luar biasa sejak Najib memegang jawatan Perdana Menteri.
SAMM
juga menggesa agar Najib Razak dan Isterinya diberi cuti sehingga
siasatan selesai dan pucuk pimpinan negara harus dipangku oleh mereka
yang layak.
Ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, keluarga Perdana Menteri dan menterinya pula bermewah-mewahan. Dalam masa yang sama, mereka seru rakyat supaya berjimat - ini sangat kontradiksi.
EDY NOOR REDUAN.
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Posted by Edyes Reduan.

Wednesday, January 15, 2014
Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.
Kenyataan Media
15 Januari 2014
Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.
Nama Rosmah Mansor sekali lagi dipetik menjadi kontroversi nasional
apabila didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza
Aziz yang menjadi penerbit filem tersebut.
Dakwaan
tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star
Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz
mendapat sumbangan kewangan dari ibunya. M-Star Online bagaimanapun
tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.
Riza
Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong
Chik. Baru-baru ini, susuk yang sama telah terpalit dengan skandal
pembelian kondo mewah di New York bernilai RM111 juta.
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tegas mempersoalkan dari mana
datangnya kemewahan luar biasa keluarga Perdana Menteri?
Semua
dakwaan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media yang berwibawa,
bukan dipetik dari blogger politik semata-mata. Sedangkan sebelum ini
ramai pimpinan politik anti-kerajaan yang ditangkap dan didakwa hanya
dari sumber pihak yang tidak kredibel.
Maka SAMM mendesak satu Jawatankuasa Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat semua dakwaan kemewahan luar biasa sejak Najib memegang jawatan Perdana Menteri. SAMM juga menggesa agar Najib Razak dan Isterinya diberi cuti sehingga siasatan selesai dan pucuk pimpinan negara harus dipangku oleh mereka yang layak.

Ketika
rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, keluarga Perdana
Menteri dan menterinya pula bermewah-mewahan. Dalam masa yang sama,
mereka seru rakyat supaya berjimat - ini sangat kontradiksi.
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.