Followers

Thursday, January 16, 2014

Mahkamah diberitahu video lucah disebar blogger Umno.... HARAKAHDAILY

Photo: Mahkamah diberitahu video lucah disebar blogger Umno

JAN 15, 2014  HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu menarik balik kenyataan terhadap Umno dalam kes saman berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman web. 
    
Berikutan itu, kes saman berkenaan selesai selepas Umno menarik balik samannya terhadap ketiga-tiga defendan. 
    
Hakim Datuk John Louis O'Hara merekodkan persetujuan penyelesaian itu dalam kamar tanpa perintah mengenai kos. 

Peguam Raihanah Arifin yang mewakili Umno memberitahu pemberita kesemua defendan telah menyiarkan kenyataan itu di dalam HarakahDaily dan portal Malaysian Insider dua hari lepas dengan menyatakan kenyataan itu tidak merujuk kepada Umno tetapi blogger Umno. 

Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April tahun lalu dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak' adalah merujuk kepada blogger Umno, bukannya Umno. 

Pada 23 April tahun lepas, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.  

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah. - Bernama KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu menarik balik kenyataan terhadap Umno dalam kes saman berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman web.

Berikutan itu, kes saman berkenaan selesai selepas Umno menarik balik samannya terhadap ketiga-tiga defendan.

Hakim Datuk John Louis O'Hara merekodkan persetujuan penyelesaian itu dalam kamar tanpa perintah mengenai kos.

Peguam Raihanah Arifin yang mewakili Umno memberitahu pemberita kesemua defendan telah menyiarkan kenyataan itu di dalam HarakahDaily dan portal Malaysian Insider dua hari lepas dengan menyatakan kenyataan itu tidak merujuk kepada Umno tetapi blogger Umno.

Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April tahun lalu dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak' adalah merujuk kepada blogger Umno, bukannya Umno.

Pada 23 April tahun lepas, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.