Bekas
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada
umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal
dikenakan oleh IPP kepada TNB.
“Berlaku tahun 96, kesannya sehingga
kini. Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion,
rakyat harus bayar kos lebih.
Ini
soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media
Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri
Ani Arope.
Dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya
untuk kepentingan pihak tertentu.
“Sepatutnya
bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih
kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau
harga lebih murah.
“Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini
perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan
rakyat di bawah."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.