Kuala Lumpur:
Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150
sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar
(Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati
talian itu kerap terganggu.
Jika ia
berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’
individu tidak bertanggungjawab menggunakan satu peralatan terbaru yang
kini dijual secara meluas menerusi online.
Peralatan
itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang
mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa
disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.
Lebih
mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui
Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian
mendekod atau menggodam kata laluan.
Alat itu
juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual
terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas
mengimportnya dari dua negara berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.