Marina, yang merupakan anak perempuan penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad, enggan mengulas apabila dia ditanya mengenai kritikan Perkasa terhadapnya.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa. Semua yang mereka cakap itu adalah sampah semata2," katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Perpaduan Negara yang pertama di Kuala Lumpur hari ini.
Marina telah hadir bersama2 dengan sekumpulan ahli2 NGO berada di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pagi semalam.
Marina, disertai dengan NGO Sisters in Islam dan beberapa kumpulan lain , berada di gereja untuk menunjukkan sokongan terhadap ancaman oleh kumpulan2 NGO Islam yang telah berkata mereka akan mengadakan bantahan di luar gereja tersebut.
Walaupun Marina dipuji atas pendiriannya kerana membela hak agama minoriti, ketua pemuda Perkasa,Irwan Fahmi Ideris telah mengecam Marina sambil mengatakan bahawa Marina sepatutnya berdiri bersama2 umat Islam.
" Sebagai seorang Muslim, dia patut bersama dengan kita untuk mempertahankan perkataan Allah supaya ia tidak digunakan oleh orang-orang Kristian ," beliau dipetik sebagai berkata.
Perkasa juga mempersoalkan sama ada Marina bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
" Sebagai seorang Muslim dan anak seorang bekas Perdana Menteri yang telah memperjuangkan Islam dan mempertahankan Melayu, tindakan Marina telah menimbulkan banyak persoalan yang menjadi tanda tanya oleh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam.
"Di mana imannya dan adakah dia bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam ? Kami amat mengutuk tindakannya, "katanya , sambil menambah bahawa dia sedang mencari "publisiti murahan ".
Irwan Fahmi Ideris telah mengkritik lagi aktivis sosial tersebut, dengan mengatakan bahawa Marina menyokong kepercayaan yang tidak Islamik, seperti memperjuangkan hak-hak lesbian,gay, biseksual serta LGBT dan dikaitkannya rapat dengan kumpulan Sisters in Islam,NGO yang menyokong hak sama rata untuk wanita,hak asasi manusia dan keadilan.- tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.