Exco Pulau Pinang tuntut Utusan minta maaf atau disaman
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mengancam mahu menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, berikutan satu pertuduhan mendakwa beliau berlaku kasar di pejabatnya dekat Butterworth bulan lalu.
Pada 22 Disember lepas, akhbar tersebut menyiarkan berita bertajuk "Lelaki dakwa dipukul wakil rakyat DAP” dan lelaki itu dipercayai G. Paradase, 36, yang dipukul oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Utiliti, Kerja Raya Pulau Pinang Lim Hock Seng.
Laporan itu mendedahkan, Paradase pergi berjumpa Lim di pejabatnya di Jalan Raja Uda kira-kira jam 9.20 malam bagi meminta kebenaran mengadakan Pesta Ponggal.
Lelaki itu mendakwa beliau menunggu Lim selama dua jam yang
kemudian dtengking, dipukul dan dihalau dari pejabat tersebut, lapor
Utusan.
Sedih dengan insiden itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin pada jam 10.30 malam.“Semasa insiden itu, saya sedang bertemu dengan seseorang dan memintanya tunggu di luar.
Sedih dengan insiden itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin pada jam 10.30 malam.“Semasa insiden itu, saya sedang bertemu dengan seseorang dan memintanya tunggu di luar.
Saya
tidak menengking atau memukulnya,” kata Lim dalam satu sidang media di
Pulau Pinang hari ini.
Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo, yang merupakan peguam terlatih berkata satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada pengarang dan akhbar Utusan Malaysia (M) Bhd di Kuala Lumpur hari ini bagi meminta laporan itu ditarik balik dan permohonan maaf di muka hadapan.

Beliau berkata laporan tersebut telah menyebabkan
Lim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Jermal dicemuh,
dihina dan dan dimalukan di khalayak ramai..
“Pertuduhan itu tidak benar, salah dan fitnah. Lim tidak pernah menengking atau memukul pengadu seperti dalam laporan itu,” katanya yang membaca surat tunjuk sebab di sidang media berkenaan.
“Pertuduhan itu tidak benar, salah dan fitnah. Lim tidak pernah menengking atau memukul pengadu seperti dalam laporan itu,” katanya yang membaca surat tunjuk sebab di sidang media berkenaan.
Katanya, disebabkan dakwaan itu tidak
benar, Utusan diminta menarik semula laporan itu tanpa syarat dan
membuat permohonan maaf dalam tempoh seminggu serta membayar pampasan
yang dipersetujui kedua-dua pihak.
“Permohonan maaf dan penarikan laporan itu perlu dicetak di muka hadapam akhbar. Gagal berbuat demikian, peguam kami akan memulakan proses guaman tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Utusan,” katanya. [TMI 6 Januari 2014]
UTUSAN MALAYSIA TERUS MEMEGANG REKOD DUNIA SEBAGAI AKHBAR PENIPUAN NO 1 ! HIDUP UMNO!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.