Followers

Tuesday, January 21, 2014

Pelik Tetapi Benar...


Baca dan fahami betul2...jangan like jer kalau tak baca...!!!.."Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA RAKYAT....HUKUM ALLAH DIPERSENDA...???

Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah...

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.

Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.

Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.

Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.

"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.


Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.


Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.


Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.