Mursyidul
Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua ahli PAS memberikan
sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakob yang kini
menjadi Menteri Besar Kelantan.
“Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya
sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat,” katanya
mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan
Malaysia.
Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika
pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun
pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya.
Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong
pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua
masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau
yang jawab.
“Daripada segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut
perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri
sokongan sepenuhnya kepada beliau,” kata Nik Aziz dalam wawancara itu.
Nik Aziz yang kini berumur 83 tahun pada 10 Januari lalu terpaksa
hidup dengan beg plastik putih yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya.
Difahamkan beg yang disediakan oleh hospital itu untuk menyalurkan air kencing, lapor Utusan.
Ketika ditanya, bagaimana kesihatan beliau, Nik Aziz berkata:”Alhamdulillah.”
“Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu
tukar lagi kerana masih molek.
Bateri ini kurang bekerja kerana tidak
begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah.
“Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini
menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke
mana-mana,” katanya.
Beg itu, katanya, perlu ditukar seminggu sekali di hospital atau doktor yang bertugas datang ke rumahnya.
“Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tidak perlu tukar cuma
kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci
bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari.
Alhamdulillah, tidak
menganggu saya beribadat,” kata ulama yang sangat dihormati itu, menurut
sumber The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.