Baru kene jegil sikit dah ciwek.. |
Noh Omar adalah antara bintang popular umno dalam melakon aksi lawan politik.
Sebelum PRU13, manusia hebat ini telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti penyelewengan dalam pengurusan Pasir di Selangor dan menyatakan bersedia mendedahkan bukti tersebut.
Apabila tiba masa yang dijanjikan dia hilang tah ke mana. Bukti yang kononnya ada padanya sudah di simpan di arkib jamban la kot.
Pada 17 Januari tahun ini sinar melaporkan bahawa Noh Omar sedia berdebat tentang isu kalimah Allah.
“Saya sanggup, saya boleh (berdebat), tetapi dari segi perundangan, akidah dan agama.
“Suruh Sinar (Harian) buat (anjurkan) wacana dan saya sedia untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam isu kalimah ALLAH ini,” katanya.
Hingga kini MR Noh Omar belum menjawab tawaran balas dari Khalid Samad. Tak tahulah dalam masa terdekat.
Debat ini khabarnya akan diadakan secara tertutup. Itu yang tak best. Sepatutnya si pencabar perlu berani berdepan dengan audien yang lebih besar.
Jadilah macam Shabery Chik. Walaupun dia tak hebat hingga berbuih-buih muluh berdebat tetapi ternyata dia ada TELOR.
Gendang Perang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.