Followers

Tuesday, January 21, 2014

JANJI DICAPATI - Harga Kereta Akan Turun Kata Kerajaan 47% BN..???


Kuala Lumpur: Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) menjadi mekanisme baru kerajaan untuk menurunkan harga kenderaan terutama dalam segmen pemasangan tempatan (CKD) sehingga 30 peratus menjelang 2017.

Antara langkah yang dilihat mampu menurunkan harga kenderaan menerusi NAP ialah meningkatkan persaingan antara pemain industri dan bakal menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus kepada enam peratus iaitu cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bermula 2015 hingga 2018.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, NAP 2014 meliputi tiga teras hala tuju dan tiga teras strategi. Teras hala tuju merangkumi pelaburan; teknologi dan kejuruteraan; serta peluasan pasaran.



Sementara teras strategi pula meliputi pembangunan rantaian pembekal komponen dan alat ganti; pembangunan modal insan; serta keselamatan dan alam sekitar.
“Dari segi modal insan, NAP 2014 menjangkakan dapat menawarkan lebih 150,000 peluang pekerjaan dan menggantikan 80 peratus pekerja asing dalam bidang ini menjelang 2020.

“Selain itu, kerajaan juga tidak akan melaksanakan polisi menamatkan jangka hayat kenderaan selepas 15 tahun, tetapi menggantikannya dengan pemeriksaan kenderaan secara suka rela,” katanya pada majlis pengumuman NAP 2014, di sini semalam.


Antara objektif NAP 2014 adalah bagi mewujudkan industri automotif tempatan yang lebih kompetitif dan berdaya saing, membangunkan Malaysia sebagai pusat automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) dan menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mampan serta pembinaan keupayaan tempatan.



RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.