Followers

Tuesday, January 21, 2014

Demo Melampau: BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi Pada PRU14 - Mat Sabu

 

Georgetown - BN bukan saja akan kehilangan deposit di kerusi Pengkalan Kota dan Berapit, tetapi percayalah mereka akan hilang lebih banyak deposit di kerusi-kerusi lain dalam Piihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

“Bantahan dan demo secara melampau yang dipamerkan oleh ahli mereka di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam baru-baru ini akan membuat masyarakat yang cintakan keharmonian benci kepada tindakan sedemikian.

“Jika mereka tidak mengubah akhlak dan perangai, saya begitu yakin, banyak lagi kerusi di Pulau Pinang akan hilang dalam PRU akan datang, apabila rakyat telah dapat membuat perbandingan antara kedua-dua pihak, ” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semasa ditemui di Mahkamah Majistret, Butterworth pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata, rakyat negeri ini sedang memerhatikan setiap gerakan pembangkang di sini.

“Apabila menyedari mereka adalah pembangkang, sudah pasti pelbagai tindakan akan diakukan bagi meraih sokongan masyarakat khsususnya umat Islam dan orang Melayu di sini.
 
 
 
“Namun begitu dengan paparan tindakan melampau sepertimana demonstrasi kelmarin dan malam kelmarin sudah jelas bentuk kepimpinan yang sebeginikah harus dijadikan pemimpin untuk memimpin masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.

“Islam adalah agama mulia dan suci yang mesti dibuktikan melalui tindakan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya Islam hanya pada anutan dan kepercayaan, tapi tidak diresapkan dalam sanubari ia umpama hiasan yang dilihat indah pada wajah tetapi buruk pada hakikatnya,” tambah beliau lagi.

Oleh kerana itu, umat Islam mesti buktikan bahawa setiap kekeliruan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan mendapat pandangan dari mereka yang ahli dalam sesuatu isu yang diperkatakan.-malaysiagazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.