Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata kerajaan
tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau
menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.
“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua
Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang
boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia
Peringkat Kebangsaan ke-42 di Bagan Datoh hari ini.
Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu
bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik,
sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pertimbangannya
dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu
itu, katanya.
Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu
menjejaskan kestabilan negara.
Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid, menurut sumber The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.