Fitnah" Guling Kerajaan": Majistret tolak permohonan Polis reman Azan Safar
Majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah
tahanan reman bagi menyiasat pemimpin NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup
(TURUN), Azan Safar berhubung perhimounan besar yang akan dijalankan
pada 31 Disember.
Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga
menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.
"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan
begitu lama.“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk
mendakwa di mahkamah.
Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret
tersebut.
Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti
Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan
Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.Mohd Azan Safar, yang merancang untuk
mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa
sambutan ambang tahun baru itu ditahan ditahan sepasukan anggota polis
ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta
Perhimpunan Aman 2012."Mohon (penyokong) terus bersolidariti berikan
sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya melalui
sistem pesanan WhatsApp.
Siswa tersebut, yang turut memimpin
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada hari Ahad lalu mengadakan
flashmob di kawasan beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagi
mempromosi perhimpunan 31 Disember.
Aku hairan, siapa pulak yang nak guling kerajaan nih? Himpunan untuk
bantah Kenaikkan kos Sara hidup yang melampau! semua barang naik! Salah
kah untuk protes? Bangang!
-admin power-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.