Followers

Tuesday, December 31, 2013

Ustaz Mat (MB Kelantan) ketar selepas dengar keputusan saya – TG Nik Aziz - ASLANI M

 
KOTA BHARU: “Ketika saya sebut kepada Ustaz Ahmad saya tidak boleh lagi pegang jawatan Menteri Besar, ada orang nampak Ustaz Mat ketar selepas mendengar keputusan saya.
 
“Saya membuat keputusan itu kerana masalah kesihatan. Pada hari mengundi pilihan raya umum lepas saya meninjau tempat-tempat mengundi. Saya meninjau sehingga ke Pasir Mas.

“Di sana tiba-tiba saya terjatuh akibat keletihan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pertemuan ekslusif pertama selepas beliau tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Sebelum ini usaha-usaha untuk menemubual Mursyidul Am tidak dapat dilakukan memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Sekarang beliau kelihatan semakin sihat, hampir setiap minggu beliau datang ke pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Kota Darulnaim.

Dengan berjubah putih dengan kain serban di bahu beliau datang ke IPTG bagi memenuhi temujanji dengan beberapa pihak. Antaranya pelajar siswazah menyiapkan tesis PhD dan sarjana.

Di atas mejanya kelihatan beberapa buku dan kitab. Akhbar Harakah dan Sinar Harian “menu wajib” yang disediakan kakitangan IPTG di atas mejanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, disebabkan masalah kesihatan keesokan harinya selepas berlangsung pilihan raya beliau memanggil Ustaz Ahmad Yakob dan Datuk Mohd Amar ke rumahnya di Pulau Melaka.

“Saya percaya beliau boleh buat kerja kerana selama mana saya menjadi Menteri Besar beliaulah yang mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran negeri.

“Boleh dikatakan hampir 80 peratus hal-hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri beliau yang mengurus.

“Saya yakin dengan kebolehan beliau. Malah ketika persidangan DUN beliau yang banyak menjawab soalan yang diutarakan anggota-anggota dewan,” katanya.

Oleh itu katanya, kalau ada apa-apa masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri beliau meminta semua pihak berpakat membantu kepimpinan sekarang. 
 
Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.